• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Rabiul Awal 17 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MENGANJURKAN PROGRAM LET'S DO IT BERSAMA ASNAF 2017

17 Oktober 2017 (Selasa) - Majlis Perasmian dan Penutup Program Let’s Do IT Asnaf 2017 telah berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim anjuran Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri iaitu Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBrs. Encik Nik Mohd Hasanuddin Bin Nik Hussain, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK dan YBrs. Encik Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK serta ketua-ketua jabatan yang terlibat.

Program Let’s Do IT Asnaf 2017 ini telah berlangsung selama dua hari yang telah diadakan di Makmal Komputer, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Program ini melibatkan golongan remaja asnaf dari kalangan lepasan SPM dengan objektif untuk membantu memupuk minat IT, memberi pengetahuan IT serta mewujudkan pelapis IT dikalangan asnaf. Kumpulan remaja ini dipilih oleh imam-imam MAIK yang melibatkan 30 orang peserta daripada enam buah Masjid Bandar dan Jajahan iaitu Masjid Muhammadi Kota Bharu, Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Masjid D’Raja Long Yunus Langgar, Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Masjid Sultan Muhammad II, Telipot dan Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas.

Program Let’s Do IT Asnaf 2017 ini berjalan dengan jayanya atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri iaitu Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat khususnya. MAIK berharap agar program ini dapat memberi manfaat terbaik dan bakal mencipta peluang dan ruang kerjaya untuk anak-anak asnaf berjaya dimasa hadapan.

 

Disediakan Oleh : Nik Nor Azimah Binti Che Yaakub

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini816
Kelmarin1629
Minggu Ini4815
Bulan Ini16925
Keseluruhan633664

X