• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN PEWAKAFAN TANAH

Pada 2 November 2017,  satu Majlis Menandatangani Dokumen Pewakafan Tanah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Yang Amat  Berbahagia Dato’ Dusuki Bin Ahmad dengan suci hati telah mewakafkan tanah milik beliau yang terletak di Kampung Kok Pasir, Mukim Kok Keli, Jajahan Tumpat untuk diletakkan dibawah kawalan MAIK bagi tujuan kebajikan akhirat. Tanah yang diwakafkan ini akan dimanfaatkan sebagai Muallaf Centre iaitu pusat transit bagi saudara baru.

Dalam majlis ini, Yang Amat  Berbahagia Dato’ Dusuki Bin Ahmad telah menandatangani Surat Cara Wakaf dan borang-borang pindah milik tanah Kanun Tanah Negara. Pewakafan ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad (Mufti Negeri Kelantan), Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi (Timbalan Yang DiPertua MAIK), Yang Berusaha Encik Rusydee Bin Abdullah (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Encik Rosli Bin Mohamed (Penolong Pentadbir Tanah Jajahan Tumpat), Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Hana Pizi Bin Abdullah (Imam Besar MAIK), dan Encik Che Dir Bin Ibrahim.

Pihak MAIK mendoakan pewakaf, seluruh keluarga dan sahabat pewakaf akan mendapat rahmat dan ganjaran pahala berganda dan berkekalan oleh Allah S.W.T.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini690
Kelmarin545
Minggu Ini1235
Bulan Ini25158
Keseluruhan548092

X