• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

20 Disember 2017 (RABU)     –    Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 20 Disember 2017, jam 10.30 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Jasmi bin Mohd Salleh, Pengarah Negeri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 10 dengan jumlah sebanyak RM45,709.00 bagi tahun 2016. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini219
Kelmarin958
Minggu Ini7406
Bulan Ini33619
Keseluruhan235211

X