• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Jumaat Oktober 18 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN GITN SDN BHD (GOVERNMENT INTEGRATED TELECOMUNICATION NETWORK) BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

28 Disember 2017 (KHAMIS)     –          Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh GITN Sdn. Berhad bagi tahun 2017 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 28 Disember 2017, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Kamal Ariffin bin Bunyamin kepada YBrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak. Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 4 dengan jumlah sebanyak RM93,333.33 bagi tahun 2017. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini71
Kelmarin1549
Minggu Ini5787
Bulan Ini25348
Keseluruhan597787

X