• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Rabiul Akhir 16 1441
Jumaat Disember 13 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KANAK-KANAK PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK TERIMA BANTUAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Adik Nurhanis binti Mohamad , berumur  13 tahun telah dikesan mengalami masalah buah pinggang kronik tahap 5 sejak tahun 2013 iaitu ketika berumur 9 tahun. Beliau menjalani rawatan hemodialisis 3 kali seminggu di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Selain penyakit buah pinggang kronik beliau juga mengalami masalah lain seperti darah tinggi dan kekurangan oksigen dalam badan. Pada bulan Januari 2017 beliau  terpaksa dimasukkan ke wad ICU HUSM dan bernafas menggunakan alat bantu pernafasan.

Bapa pesakit ini berkerja sebagai pemandu bas ekspres secara sambilan dengan pendapatan lebih kurang RM700.00 sebulan dan menanggung seorang isteri serta 5 orang anak. Ibu pesakit pula bekerja dengan berniaga kedai makan dan memperolehi pendapatan sekitar RM1,000.00.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Adik Nurhanis  untuk perbelanjaan ulangalik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebanyak  3 kali seminggu untuk menjalani rawatan hemodialisis disamping rawatan susulan penyakit-penyakit lain . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit masalah yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1248
Kelmarin1801
Minggu Ini7876
Bulan Ini19262
Keseluruhan671701

X