• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Jamadil Akhir 28 1441
Isnin Februari 24 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEMINAR ZAKAT DAN CUKAI PENDAPATAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2018

28 Februari 2018 - Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan Peringkat Negeri Kelantan 2018 telah diadakan pada 28 Februari 2018 bertempat di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) Panji Kelantan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (MAIK) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kota Bharu Kelantan. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan pada majlis penutup seminar.

Seminar dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua MAIK dan disusuli ucapan aluan oleh YABrs. Tuan Haji Shaufee bin Salleh, Pengarah LHDNM Cawangan Kota Bharu. Manakala ucapan penutup telah disampaikan oleh YABrs. Encik Mahmood bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai-Pegawai Kanan kedua dua belah pihak.

Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan Peringkat Negeri Kelantan 2018 telah diisi dengan 2 slot pembentangan. Sesi 1 pembentangan kertas bertajuk “MAIK, Zakat dan Masyarakat  di Negeri Kelantan” yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ridhwan bin Abdul Rahman, Pegawai Zakat MAIK. Pembentangan Sesi 2 disampaikan oleh YBrs. Puan Norhasiah binti Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Kelulusan & Pemantauan, Jabatan Dasar Percukaian LHDNM kertas yang bertajuk “Cakna Cukai untuk Negara”.

Seminar ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara LHDNM Cawangan Kota Bharu dengan MAIK dalam menyampaikan informasi yang tepat berkenaan tanggungjawab pembayaran zakat dan cukai pendapatan kepada masyarakat terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta serta kumpulan ahli perniagaan di Negeri Kelantan.

Seramai 550 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta serta golongan peniaga/profesional di Negeri Kelantan telah menghadiri seminar yang diadakan dari seawal jam 7.45pagi hingga 1.00 tengahari.

Objektif seminar ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang tanggungjawab terhadap pembayaran zakat harta/pendapatan dan juga cukai pendapatan; memberi peluang kepada peserta untuk mendalami dengan lebih dekat/ terperinci tentang zakat dan cukai serta kefahaman kepada peserta tentang kepentingan pembayaran zakat dan tolakan yang dibenarkan untuk tujuan pelarasan cukai.

Pada akhir majlis, satu program tanggungjawab sosial LHDNM iaitu Bantuan Cermin Mata kepada pelajar sekolah yang terpilih telah dilaksanakan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan.

Disamping itu, beberapa kaunter telah dibuka dari Unit Zakat, Wakaf dan Penerbitan MAIK dan kaunter hasil LHDNM serta pembukaan Van Zakat Bergerak MAIK. Pelbagai perkhidmatan ditawarkan semasa seminar berlangsung.

Pihak MAIK dan LHDNM berharap seminar yang telah dilangsungkan ini dapat memberi input yang bernilai kepada peserta terutama dalam tanggungjawab pembayaran zakat harta/pendapatan dan juga cukai pendapatan. Selain itu, peserta memahami dengan lebih jelas tentang perbezaan antara pembayaran zakat kepada MAIK dan tanggungjawab kepada negara iaitu pembayaran cukai pendapatan kepada LHDNM serta pelarasan yang dibenarkan yang boleh digunapakai oleh masyarakat khasnya umat Islam di Malaysia.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini56
Kelmarin1452
Minggu Ini56
Bulan Ini31503
Keseluruhan774539

X