• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Syaaban 10 1441
Ahad April 05 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM ICT BERSAMA GURU AGAMA ORANG ASLI MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

12 April 2018 (Rabu) Lojing - “Saya ingin belajar ICT kerana saya tidak pandai.” Begitulah maklumbalas yang kami terima daripada Asod Bin Itam Tambo salah seorang daripada guru agama orang asli sempena Program ICT bersama Guru Agama Orang Asli yang diadakan di Pusat Latihan Dakwah Saudara Baru (Orang Asli) Lojing anjuran Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia, Unit Aset dan Unit Dakwah. Program tersebut telah diadakan pada 12 April 2018.

Seramai 53 orang guru agama orang asli dari pelbagai pos dan kawasan yang menyertai dan menjayakan program tersebut. Program ini dilakukan serentak bersempenaan Perjumpaan Bulanan Guru Agama Orang Asli. Program ICT kepada guru agama orang asli ini julungkali diadakan bagi memberi pendedahan ICT dan kemajuan teknologi pada masa kini mengikut arus peredaran zaman.

Rata-rata daripada mereka yang ditemui menyatakan rasa teruja dan berminat untuk mempelajari ICT bagi mempelbagaikan lagi cara mereka berdakwah ke kawasan pedalaman. “Kami rasa amat gembira dengan sambutan yang diberikan.” Begitulah maklumbalas daripada Pegawai Teknologi Maklumat MAIK yang disampaikan menerusi sesi rumusan semasa perjalanan Program ICT bersama Guru Agama Orang Asli.

Program dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh YBrs Pegawai Teknologi Maklumat yang mendedahkan akan fungsi dan peranan MAIK kepada masyarakat Islam terutamanya dalam berdakwah. Program dijalankan secara bersantai dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Peralatan Aset ICT oleh YBrs. Pegawai Aset MAIK yang mewakili YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK untuk kegunaan guru agama orang asli berdakwah. Antara peralatan yang diserahkan adalah 2 Set Komputer, 2 Unit LCD Projector, 5 Unit Screen Projector dan seunit Printer All in 1.

Program diteruskan lagi dengan slot perkongsian ilmu oleh penolong-penolong pegawai Teknologi Maklumat MAIK. Antara perkara yang dikongsikan didalam slot ini adalah seperti berikut :-

  • Cara Berkomunikasi dan Menyampaikan Makluman dahulu dan kini.
  • Peranan emel dalam memudahkan urusan.
  • Peranan Media Sosial dalam berdakwah.
  • Penggunaan Infografik dalam berdakwah dan menyampaikan maklumat.
  • Kepentingan internet dan cara memanfaatkannya.
  • Pengenalan sistem dan aplikasi.
  • Pengenalan rangkaian dan keselamatan ICT.

Sepanjang perjalanan program berlangsung, mereka memberi komitmen dan sepenuh perhatian kepada setiap slot yang diadakan. Mereka turut kelihatan gembira dan menyatakan keinginan untuk diadakan lagi program sebegini.

 

 Disediakan Oleh : Mohd  Arief Syah B Mat Yazik

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini515
Kelmarin3649
Minggu Ini21853
Bulan Ini15932
Keseluruhan867232

X