LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH KEBANGSAAN RABAN, LENGGONG PERAK KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

Cetak

16 APRIL 2018 – Lawatan sambil belajar oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Raban, Lenggong Perak ke Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Lawatan ini disertai dengan murid-murid darjah 4 dari Sekolah Kebangsaan Raban, Lenggong Perak bersama 5 orang guru pengiring sekolah tersebut. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenali serba sedikit mengenai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pengenalan disampaikan oleh YBrs. Pegawai Tadbir (Pendidikan) MAIK.

Ketua pengiring, Puan Siti Aminah Binti Abu Bakar turut merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak MAIK kerana sudi menerima kunjungan tersebut dan mempelawa pihak MAIK mengunjungi sekolah tersebut pada masa hadapan.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti Abdul Ghafar