• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SUMBANGAN BUAH KURMA KEPADA BADAN-BADAN DAN AGENSI TAHANAN NEGERI KELANTAN

Pihak  Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui Bahagian Baitulmal/Pembanguan MAIK telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Sumbangan Buah Kurma kepada Penghuni-penghuni yang masih dalam tahanan di beberapa Agensi Negeri Kelantan pada bulan Ramadhan 1439 yang lalu.

Seramai 5,646 orang telah mendapat menafaat daripada program ini yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM8,613.56.

Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di  Unit Agihan Zakat  MAIK pada 21hb. Mei, 2018 yang telah disempurnakan oleh YBrs. En. Ahmad Nadzli bin Nordin, Penolong Pegawai Urusan Sumber 2, yang mewakili YBrs. En. Nik Jessim bin Nik Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK.  Antara Agensi yang terlibat ialah: -

 

  1. Jabatan Penjara Malaysia Jalan Maktab, Pengkalan Chepa. Kota Bharu.
  2. Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik, Bachok.
  3. Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Jabatan Penjara Malaysia.
  4. Klinik Cure & Care 1Malaysia, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.
  5. Klinik Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC), Jeli, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.

Dengan adanya program seumpama ini para penghuni dapat merasai suasana berbuka puasa bersama dan dapat meringan bebanan kepada agensi berkenaan dalam penyediaan juadah berbuka puasa.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini150
Kelmarin1563
Minggu Ini4412
Bulan Ini35859
Keseluruhan778895

X