• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BANTU MERINGANKAN BEBAN PESAKIT JANTUNG

En Abd Aziz bin Adam menghidap penyakit lumpuh (strok) serta penyakit jantung kronik sejak setahun lalu yang mengakibatkan beliau tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan. Perbelanjaan mereka sekeluarga ditanggung oleh isteri yang bekerja mengambil upah menjahit pakaian dirumah dengan purata pendapatan   RM 700.00 sebulan. Beliau menyara seorang anak ( anak bongsu daripada 7 orang adik beradik yang belajar di Institut Pengajian Tinggi. Anak-anak lain tidak dapat membantu kerana mereka juga hidup didalam kemiskinan.  Perbelanjaan keluarga ini bertambah kerana terpaksa membeli lampin pakai buang untuk  kegunaan En Abdul Aziz.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YBrs. Pegawai Urusan Sumber MAIK  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada En Abdul Aziz bin Adam untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini183
Kelmarin1563
Minggu Ini4445
Bulan Ini35892
Keseluruhan778928

X