• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LEMAH LONGLAI LIHAT RUMAH MUSNAH

Pada 30 Mei, 2018 yang lalu, Puan Azizun Binti Hamat sekeluarga telah ditimpa bencana kebakaran yang menyaksikan beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di FAMA RTC Tunjong manakala suami yang merupakan OKU fizikal bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja yang sama. Sewaktu kejadian, Puan Azizun berada kurang 500 meter daripada rumah yang didakwa kebakaran berpunca daripada litar pintas.Beliau mempunyai 2 orang anak dengan suami terdahulu iaitu masing-masing berumur 14 tahun dan 11 tahun. Suami pula mempunyai 4 orang anak dengan isteri terdahulu iaitu masing-masing berumur 11 tahun, 15 tahun serta seorang lagi belajar di UniMAP. Sebuah kereta Proton Iswara dan 3 buah basikal antara harta benda yang musnah dalam kebakaran.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Azizun Binti Hamat untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini179
Kelmarin1563
Minggu Ini4441
Bulan Ini35888
Keseluruhan778924

X