KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY MENERIMA KUNJUNGAN MAIK

Cetak

Puan Noor Azulizma binti Ibrahim, tidak bekerja manakala suami beliau bekerja sebagai tukang kebun sekolah dengan pendapatan RM900.00. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak  dan seorang daripadanya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu akiabt penyakit celebral palsy. Seorang lagi anak pasangan ini juga menghidap penyakit Celebral Palsy dan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM500.00 sebulan untuk rawatan, lampin pakai buang dan susu formula.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Noor Azulizma binti Ibrahim untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud