• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAPORAN PROMOSI ZAKAT BULAN MEI BAGI TAHUN 2018

Unit Zakat MAIK telah mengadakan siri promosi zakat sepanjang bagi bulan Mei 2018 di seluruh Negeri Kelantan dengan kerjasama daripada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta. Siri promosi zakat yang melibatkan taklimat zakat, pembukaan kaunter luar zakat dan juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak MAIK bagi memberi kemudahan pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dan pengedaran pamplet zakat serta borang potongan gaji zakat MAIK.

Aktiviti Promosi Bulan Mei adalah sebagaimana berikut:

  1. Jenis Promosi : Taklimat Zakat

           1) Taklimat Pengurusan Zakat Fitrah kepada Amil Khas 2018

           2) Taklimat Zakat kepada Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia

           3) Taklimat Zakat kepada Amanah Ikhtiar cawangan Pasir Pekan      

           4) Taklimat Zakat kepada Amanah Ikhtiar cawangan Bachok

           5) Taklimat Zakat di Dewan Bahasa dan Pustaka

 

      2.  Jenis Promosi : Kaunter Luar Zakat

           1) Politeknik Kota Bharu

 

      3. Jenis Promosi : Van Bergerak MAIK

           1) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)

           2) Wisma Persekutuan

           3) Pasar Siti Khadijah

           4) Dataran Ilmu

            5) Bazar Tok Guru

           6) RTC Tunjong

           7) UITM Machang

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan daripada jabatan-jabatan ini kerana memberi peluang kepada MAIK untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pembayar zakat. Pihak MAIK juga akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar dan juga masyarakat sekitar bagi turut sama membantu Unit Agihan Zakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan zakat yang telah dilaksanakan kepada asnaf yang layak. Selain itu, turut sama membantu Unit Wakaf, Baitulmal dan Penerbitan MAIK mempromosikan produk wakaf, sewaan gudang dan juga penjualan buku-buku terbitan MAIK. 

Program promosi zakat ini akan terus dijalankan sepanjang tahun dengan penglibatan daripada jabatan-jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan dan semoga mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak bagi mempromosikan kegiatan kutipan dan agihan zakat MAIK. Semoga Allah memberi ganjaran atas pembayaran zakat yang dilaksanakan dan mudah-mudahan diberkati Allah Taala.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini97
Kelmarin1563
Minggu Ini4359
Bulan Ini35806
Keseluruhan778842

X