• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Syawal 14 1441
Sabtu Jun 06 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

REMAJA PUTUS KAKI KIRI MENERIMA KUNJUNGAN MAIK

Adik Muhammad Asyraf, seorang remaja berumur 13 tahun telah terlibat dengan kemalangan pada 12 Julai, 2018 di mana motosikal yang dinaikinya terbabas dan melanggar pengHadang jalan menyebabkan kaki kirinya putus. Ekoran kejadian tersebut beliau koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanah Merah.  Beliau telah dibenarkan pulang ke rumah pada 19 Julai, 2018 setelah  sedar dan stabil sepenuhnya.

Beliau tinggal bersama ibu dan bapa tiri yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM600.00 sebulan. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan keluarga ini adalah seramai 5 orang.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa untuk menampung kos rawatan Adik Muhammad Asyraf . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini setelah ditimpa musibah ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas kemalangab yang menimpa Adik Muhammad Asyraf.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1336
Kelmarin3964
Minggu Ini21312
Bulan Ini21312
Keseluruhan1197343

X