• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS MESRA AIDILFITRI DARUL AITAM DAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK 1439H/2018M

Bersempena meraikan kedatangan bulan Syawal 1439H, Majlis Mesra Aidilfitri Darul Aitam dan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah diadakan pada 9 Julai 2018 bersamaan 25 Syawal 1439H yang bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Sebelum majlis bermula, persiapan telah dilakukan yang melibatkan kakitangan Darul Aitam Putera dan Putera serta kakitangan KJIPSIP. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari itu dan didahulukan dengan bacaan doa oleh pelajar Maahad Tahfiz dan Al-Quran MAIK. Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan iaitu, Encik Rusydee bin Abdullah dengan memotong kek sebagai gimik perasmian.

Majlis Mesra Aidilfitri ini sangat meriah dengan dihadiri oleh kakitangan MAIK, kakitangan KJIPSIP, kakitangan dan anak-anak yatim Darul Aitam Puteri dan Putera serta pelajar-pelajar Maahad Tahfiz MAIK.  Beraneka juadah yang enak telah disediakan seperti nasi hujan panas, sate, roti jala, sup mee hoon, kuih muih, kambing bakar serta minuman yang pelbagai jenis. Majlis tamat kira-kira pukul 4 petang.

 

Disediakan Oleh : Sukkma Bt Mohd Zain

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini176
Kelmarin1563
Minggu Ini4438
Bulan Ini35885
Keseluruhan778921

X