• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL GURU DATA SIMPENI VERSI 2.0 BIL. 02/2018

Bengkel Guru Data SIMPENI Versi 2.0 Bil. 02/2018 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah berjaya dilaksanakan pada 16 dan 17 Oktober 2018 bertempat di Makmal Komputer, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK,  Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu mulai jam 8.00 pagi hingga 04.30 petang.

Bengkel ini melibatkan 40 orang Guru Data yang dilantik daripada 15 buah  Pondok, 17 buah Maahad Tahfiz dan 8 buah Sekolah Agama Swasta yang berdaftar dengan MAIK. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai Jakim; YBrs. Puan Nur Diyana binti Shaiful Bahri, Penolong Pengarah (Seksyen Pengurusan KAFA, Jakim) dan YBrs. Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Bahagian Pengurusan Maklumat, Jakim) dengan dibantu oleh YBrs. Puan Nurul ‘Aisyah binti Wan Adnan (Unit Dakwah, MAIK).

Bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan mengenai kaedah mengemaskini data SIMPENI kepada Institusi Agama Swasta berdaftar dengan MAIK dan memastikan data institusi agama sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Dengan adanya program seumpama ini, pihak MAIK dan Jakim dapat mengenalpasti status dan keaktifan sesebuah institusi pengajian agama di negeri Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah binti Wan Adnan

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini184
Kelmarin1563
Minggu Ini4446
Bulan Ini35893
Keseluruhan778929

X