TEMUDUGA TAULIAH MENGAJAR AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BIL. 07/2018

Cetak

Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Temuduga Tauliah Mengajar Agama MAIK Bil. 07/2018 pada 29 Oktober 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, MAIK. Temuduga ini melibatkan 15 orang calon. Antara panel penemuduga ialah SS. Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YBhg. Dato’ Hj. Wan Hassan (Ahli Jemaah Ulama’), A.F. Ketua Pegawai Agama MAIK dan YBrs. Pegawai Dakwah (Kanan) MAIK.

Sesi temuduga ini diadakan bagi mengenal pasti kemahiran dan kesesuaian permohonan dengan kelayakan yang dimiliki calon. Calon yang lulus akan diberikan tauliah bagi membenarkan mereka mengajar agama Islam di negeri Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Nurul 'Aisyah Binti Wan Adnan

 

 

 

Tags: