• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

IBU TUNGGAL MENERIMA KUNJUNGAN MAIK

Puan Hafisah binti Ibrahim merupakan seorang balu yang kematian suami,  tinggal seorang diri di sebuah rumah usang yang agak dhaif  di Kampung Pulau Masjid, Kubang Kerian . Beliau mempunyai seorang anak yang bekerja di kedai ayam proses di Terengganu.  Rumah  beliau sangat uzur dengan atap yang bocor dan lantai yang reput namun tidak dapat dibaiki kerana kekangan kewangan dan tidak mendapat  persetujuan pemilik tanah tersebut.

Puan Hafisah bekerja menjaja ikan, ayam,  sayur dan lain-lain dengan menaiki motosikal, dengan pendapatan di antara RM200 hingga RM300 sebulan. Beliau menghidap penyakit  kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. Beliau menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150.00 sebulan.

Majlis Agama Islam Kelantan yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah mengunjungi Puan Hafisah pada 25 Oktober, 2018 untuk menghulurkan sumbangan.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh Puan Hafisah. Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh beliau.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini89
Kelmarin935
Minggu Ini3072
Bulan Ini12772
Keseluruhan44610

X