• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Syaaban 12 1441
Selasa April 07 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MANGSA KEBAKARAN KUARTERS KTMB MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Kebakaran Kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad di Kampung Kubang Terap Pasir Mas. berlaku pada 9 Oktober, 2018 jam 9.55 malam dan telah memusnahkan 4 kuarters yang didiami oleh 2 keluarga iaitu Mohd Hairol bin Ibrahim dan Abdul Rahman bin Mohamed yang merupakan petugas KTMB.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan kuaters berkenaan dengan kerugian dianggarkan RM100,000.00 dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran disampaikan oleh YABrs Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK pada 22 Oktober, 2018 bagi menyempurnakan titah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut bersimpati di atas musibah yang menimpa keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini278
Kelmarin3799
Minggu Ini4077
Bulan Ini22643
Keseluruhan873943

X