• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP)

Pada 23 Oktober 2018,  Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Rusydee Abdullah, Setiausaha MAIK yang mewakili Yang Amat Berusaha Dr.Timbalan Yang DiPertua MAIK,  diiringi oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan kakitangan MAIK.

Rombongan pihak MAIK telah disambut baik oleh kakitangan MAINPP yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Shamsul Bahar Bin Abd Rani, Pengurus Baitulmal, Yang Berusaha  Haji Fakhruddin Bin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf dan Yang Berusaha Encik Shahril Bin Shahrom Ketua Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis.

Ahli rombongan MAIK telah diberi taklimat dan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAINPP, dan sesi taklimat tersebut diteruskan dengan sesi cambahan idea dari kedua-dua belah pihak.

Ahli rombongan MAIK berpeluang untuk Solat Zohor di masjid yang dibina diatas tanah wakaf iaitu Masjid Abdullah Fahim yang terletak di Kepala Batas Pulau Pinang. Seterusnya, lawatan ke tapak projek Wakaf Setee Aisyah turut diadakan bagi melihat pembangunan rumah dan bangunan komersial yang telah disewakan.

Pihak MAIK amat berbesar hati dan mengucapkan penghargaan kepada warga MAINPP kerana memberi kerjasama yang amat baik disepanjang program lawatan kerja tersebut. Semoga jalian ukhuwah  antara MAIK dan MAINPP akan terjalin dan amanah pengurusan wakaf ini akan terus terpelihara.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini89
Kelmarin1563
Minggu Ini4351
Bulan Ini35798
Keseluruhan778834

X