• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM KAJIAN PENYEDIAAN KERTAS PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI BAGI SUMBANGAN WAKAF TUNAI DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Pada 24 Oktober 2018, Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah berkunjung ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi mengadakan Kajian Penyediaan Kertas Permohonan Pengecualian Cukai bagi Sumbangan Wakaf Tunai.

Rombongan kakitangan MAIK yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK bersama Yang Berusaha Encik Mohd Azrai’in Bin Omar, Pegawai Undang-undang MAIK, telah disambut baik oleh pihak MAIPk yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Hajjah Wan Maizura binti Wan Zahari selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, diiringi A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal & Wakaf MAIPk dan Puan Zaleha bt. Wan Din, Pegawai Wakaf MAIPk.

Pihak MAIPk telah memberi taklimat, perkongsian ilmu berkaitan dengan kaedah penyediaan kertas permohonan pengecualian cukai dan percambahan idea berkaitan pembangunan tanah wakaf serta kaedah pengurusan dan promosi wakaf tunai.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak diatas kerjasama yang diberikan. Semoga jalian ukhuwah  antara MAIK dan MAIPk akan terjalin dan amanah pengurusan wakaf ini akan terus terpelihara.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini609
Kelmarin1003
Minggu Ini6744
Bulan Ini16444
Keseluruhan48282

X