• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM MOTIVASI KEPADA ANAK-ANAK YATIM RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM, MAIK

Pihak pengurusan Darul Aitam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Program Kem Motivasi “Last Minute Massive Construction” 2018 kepada penghuni Darul Aitam bertempat di PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan pada 04 hingga 06 Oktober 2018.

Program selama tiga hari dua malam ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para penghuni tentang kepentingan menuntut ilmu samada ilmu dunia atau akhirat, memberi pendedahan kepada penghuni teknik dan kaedah pembelajaran berkesan terutama di saat akhir untuk menghadapi peperiksaan dan membantu untuk mengenal dan mencungkil potensi diri masing-masing seterusnya mampu menetapkan hala tuju di masa hadapan.

Program motivasi kali ini yang telah dikonduksi sepenuhnya oleh YBrs. En Syafiq Padeli dari PROTALK MALAYSIA, perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Dakwah MAIK yang mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK.

 

Disediakan Oleh : Sukkma Bt Mohd Zain

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini182
Kelmarin1563
Minggu Ini4444
Bulan Ini35891
Keseluruhan778927

X