SUMBANGAN KEPADA PESAKIT KANSER TULANG TAHAP EMPAT

Cetak

YBrs. Al-Fadhil Imam Tua Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, Ustaz Mohd Rosman Bin Che Harun mewakili Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan sumbangan kepada keluarga Puan Miss Maehyah Mahama. Beliau yang berasal dari Kampung Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan kini menghidapi penyakit kanser tulang tahap empat pada 21 Oktober, 2018.

Sumbangan ini bagi menyempurnakan titah YMM Pemangku Raja Kelantan, yang juga selaku Tuanku Yang Dipertua MAIK yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat di negeri ini yang memerlukan bantuan

Adalah diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikt bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags: