• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

IBU TUNGGAL BERSAMA EMPAT ORANG ANAK TUMPANG STOR

Puan Najwa Lipayang seorang warga Thailand yang berkahwin dengan warga tempatan dalam tahun 2007 namun telah bercerai pada bulan Januari, 2018. Puan Najwa Lipayang dikurniakan 3 orang anak yang berumur antara 2 hingga 10 tahun.

Puan Najwa menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan bekerja sebagai pembantu gerai jual air dan makanan ringan dengan pendapatan RM20 sehari (RM500 sebulan). Bekas suami tidak member nafkah kewangan kepada anak-anak. Sebelum ini mereka semua terpaksa tinggal di stor milik Koperasi Guru Agama Berhad yang tiada kemudahan asas seperti tandas dan bilik air tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Buat masa sekarang mereka telah berpindah ke rumah tumpangan di Kampung khatib Ali, Kota Bharu sementara mencari rumah sewa yang bersesuaian.

Majlis Agama Islam Kelantan yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah mengunjungi Puan Najwa Lipayang pada 29 Oktober, 2018 untuk menghulurkan sumbangan.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh Najwa Lipayang. Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini535
Kelmarin1003
Minggu Ini6670
Bulan Ini16370
Keseluruhan48208

X