• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEMINAR SATU ABAD PENERBITAN MAJALAH PENGASUH

Majalah Pengasuh terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berjaya mencapai usianya ke-100 tahun pada tahun 2018. Bagi mengiktiraf usianya yang genap satu abad penerbitan dan merupakan satu-satunya majalah jawi yang masih kekal hingga ke hari ini dari tahun 1918-2018M, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(MAIK) telah mengadakan satu program ‘Seminar Satu Abad Penerbitan Majalah Pengasuh’. 

Program ini telah diadakan pada 1 November 2018 bersamaan 23 Safar 1440H bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji, Kota Bharu. Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz telah perkenan untuk merasmikan majlis tersebut pada jam 11.30 pagi. Seminar yang telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, telah diisi dengan dua pembentangan kertas kerja seminar yang telah dimoderatorkan oleh Pegawai Takmir MAIK, al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah. 

Pembentangan kertas kerja 1 telah disampaikan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Faisal bin Abdul Hamid bertajuk ‘100 Tahun Penerbitan Majalah Pengasuh : Satu Sorotan’. Manakala kertas kerja 2 telah disampaikan oleh Mantan Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, Dr. Mohamad Kamil bin Haji Abdul Majid bertajuk ‘Penerbitan Majalah Pengasuh: Cabaran Hari Ini dan Kelangsungan Masa Hadapan’.

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong juga turut merasmikan pelancaran buku “100 Tahun Majalah Pengasuh: Peranan dan Sumbangan (1918-2018)” yang dijual dengan harga RM50 sempena pelancaran pada hari tersebut di mana harga asalnya adalah RM70 senaskhah. Buku ini memuatkan sebanyak 10 buah artilkel berkenaan majalah Pengasuh dalam semua sudut yang terdiri daripada penulis-penulis yang hebat di  negeri Kelantan. Bagi yang ingin mendapatkan buku tersebut, boleh berkunjung ke Unit Penerbitan, MAIK di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang atau boleh menghubungi pihak Unit Penerbitan, MAIK di talian 09-7481512 sambungan 347 atau 343. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mufti Negeri Kelantan, Sahibus Samahah Dato’ Mohamad Shukri bin Mohamad dan Timbalan Yang DiPertua MAIK, Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi. Dalam majlis ini juga, para hadirin sekitar 600 orang turut dipersembahkan dengan tayangan montaj berkenaan buku tersebut yang berdurasi selama 50 saat sempena pelancaran buku tersebut.

 

Disediakan Oleh : Muslihah Binti Che Mat Rani

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini602
Kelmarin1003
Minggu Ini6737
Bulan Ini16437
Keseluruhan48275

X