• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE 49 TAHUN 2018

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Hajat Dan Doa Selamat Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 49 Tahun 2018 yang telah diadakan pada 30 Safar 1440H bersamaan 08 November 2018 (Khamis) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu mulai jam 6.30 petang.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Maghrib berjemaah,  majlis dimulakan dengan Solat Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa yang dipimpin oleh Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan.

Turut hadir pada majlis sambutan kali ini ialah YAB. Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdullah Bin Ya’kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Ahmad Robert Bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Parlimen Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Jemaah Ulama’ MAIK, Ahli-ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,  Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai  serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran  kawasan Masjid Muhammadi.  

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini518
Kelmarin1003
Minggu Ini6653
Bulan Ini16353
Keseluruhan48191

X