• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1440H/2018M

Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 1440H/2018M yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah diadakan pada 11 Rabiulawal 1440H bersamaan 19 November 2018M (Isnin) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan mulai jam 6.00 petang.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan Forum Khas Diskusi Buku Fiqh Al-Sirah Nabawiyyah tulisan Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti yang disampaikan oleh Ahli Panel Jemputan iaitu:

  1. YBhg Sahibus Samahah Dato’ Dr. Zulkifly Bin Muda, Mufti Negeri Terengganu
  2. YBhg Dato’ Dr Danial Bin Zainal Abidin (Mantan Pensyarah USM/Panelis Utama Halaqah TV3)        

Moderator Jemputan : YBhg Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah, Pegawai Penyelaras Takmir, MAIK

Turut hadir pada majlis sambutan kali ini ialah YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Arif Dato’ Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Yang Berhormat Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Jemaah Ulama’ MAIK, Ahli-ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ketua-ketua Jajahan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai  serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran  kawasan Masjid Muhammadi.  

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini589
Kelmarin1003
Minggu Ini6724
Bulan Ini16424
Keseluruhan48262

X