• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA MAHABBAH KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAIJ)

Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan lawatan kerja mahabbah ke Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 21 November 2018 (Rabu) mulai jam 10.00 pagi. Lawatan ini yang diketuai oleh YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK bertujuan untuk  mengukuhkan hubungan silaturrahim antara jabatan disamping memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan Pengurusan Zakat (Kutipan & Agihan), Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Johor serta Pengurusan Wakaf dan Baitulmal.

Sesi lawatan kerja itu yang berlangsung di Dewan Mahkamah, Tingkat 7, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YABrs Tuan Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor dan diteruskan oleh ucapan balas oleh YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Seterusnya sesi taklimat mengenai Majlis Agama Islam Negeri Johor disampaikan oleh YBrs Ustaz Azlan Bin Kuangit@Abdullah, Penolong Pengarah Zakat MAIJ.

Selanjutnya sesi soal jawab dijalankan antara pihak MAIK dan pihak MAIJ berkenaan pengurusan zakat, wakaf dan baitulmal yang telah dioperasikan dan ditadbir urus di MAIJ. Sesi lawatan berakhir pada jam 1.30 petang dengan diakhiri oleh sesi penyampaian cenderahati, sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.

Hasil daripada lawatan dan soal jawab antara pihak MAIK dan MAIJ, disini dinyatakan antara perkara-perkara utama yang boleh dibawa dan dibincangkan oleh pihak Pengurusan MAIK ialah 3 bidang utama MAIJ ialah pengurusan zakat, baitulmal dan wakaf.

 

BIL

BIDANG

CADANGAN

1.

Zakat

(Kutipan Dan Agihan)

  1. Melaksanakan promosi secara berterusan.
  2. Memperkasakan sumber manusia dengan membentuk sahsiah tenaga kerja yang kompeten dan memiliki nilai-nilai yang baik berlandaskan Agama Islam.
  3. Menggunakan secara semaksima mungkin akan penggunaan teknologi terkini dalam memudahkan urusan pembayaran zakat
  4. Mempelbagaikan program pembangunan asnaf zakat berdasarkan keperluan asnaf.
  5. Mengadakan promosi mengenai program-program agihan zakat yang dijalankan bagi meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk mengeluarkan zakat di agensi.
  6. Menubuhkan skuad sukarelawan separa masa bagi membantu pihak MAIK dalam menyalurkan bantuan/sumbangan semasa berlakunya bencana atau musibah.

2.

Baitulmal

  1. Memperkasakan program-program baitulmal dengan merancang pelbagai program ekonomi untuk meningkatkan hasil.

3.

Wakaf

  1. Mengadakan promosi wakaf secara optimum dengan menggunakan  promosi melalui media elektronik, cetak dan sebagainya dan melahirkan ikon-ikon wakaf sebagai galakan para penyumbang untuk berwakaf.
  2. Membangunkan tenaga sumber manusia yang berdaya saing dan kompeten melalui program-program latihan dan tarbiyah
  3. Memperkasakan Unit Wakaf dengan menambahkan bilangan tenaga kerja yang berkemampuan dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima mengikut keperluan tugasan serta kerja untuk menghasilkan pulangan yang besar kepada jabatan.

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini518
Kelmarin1003
Minggu Ini6653
Bulan Ini16353
Keseluruhan48191

X