• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA MAHABBAH KE JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAIJ) DAN MAKAM D’RAJA BUKIT MAHMOODIAH, JOHOR BAHRU

Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan lawatan kerja mahabbah ke Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 22 November 2018 (Khamis) mulai jam 2.30 petang. Lawatan ini yang diketuai oleh YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha sebagai mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK bertujuan untuk  mengukuhkan hubungan silaturrahim antara jabatan disamping memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor, Pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta Pengurusan Makam D’Raja di Negeri Johor.

Sesi lawatan kerja itu yang berlangsung di Dewan Mahkamah, Tingkat 7, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Noh Bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan diteruskan oleh ucapan balas oleh YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK. Antara intipati ucapan Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Noh Bin Gadut, beliau menegaskan bahawa amatlah penting untuk kita sebagai majlis/jabatan agama Islam untuk mencari kekuatan sedia ada bagi mengukuhkan peranan tanggungjawab dalam mendidik dan memandu ummah ke arah pembentukan umat Islam yang kuat dan bersatu padu.

Seterusnya sesi taklimat mengenai Pengurusan Masjid dan Surau serta struktur Pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Zamri Bin Kambali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Selanjutnya sesi soal jawab dijalankan antara pihak MAIK dan pihak JAIJ berkenaan pengurusan masjid dan surau yang telah dioperasikan dan ditadbir urus di JAIJ. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati, sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari serta lawatan ke Makam D’Raja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Hasil daripada lawatan dan soal jawab antara pihak MAIK dan JAIJ, disini dinyatakan antara perkara-perkara utama yang boleh dibawa dan dibincangkan oleh pihak Pengurusan MAIK ialah berkenaan dengan pengurusan masjid serta pengurusan Makam D’Raja.

 

BIL

BIDANG

CADANGAN

1.

Pengurusan Masjid

  1. Memperkasakan sumber manusia dengan membentuk sahsiah tenaga kerja yang kompeten dan memiliki nilai-nilai yang baik. berlandaskan Agama Islam.
  2. Menggunakan secara semaksima mungkin akan penggunaan teknologi terkini dalam menyampaikan maklumat menerusi masjid.
  3. Mempelbagaikan program pembangunan asnaf zakat berdasarkan keperluan asnaf dengan kerjasama masjid-masjid.
  4. Menubuhkan Tabung Pembangunan Masjid MAIK dan ia  bertujuan memulihara, membaikpulih, dan mempertingkatkan keadaan fizikal serta kemudahan infrastruktur masjid-masjid sedia ada.
  5. Tujuan utama penubuhan tabung ini ialah membantu MAIK dalam menyediakan dana tambahan untuk memperkasakan infrastruktur dan kemudahan di masjid

2.

Pengurusan Makam D’Raja

  1. Sentiasa memantau dan menyelia tugasan kebersihan dan keceriaan di Makam.
  2. Memastikan kawasan Makam sentiasa bebas daripada amalan-amalan yang menyalahi ajaran agama Islam.

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini523
Kelmarin1003
Minggu Ini6658
Bulan Ini16358
Keseluruhan48196

X