• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SISTEM BANTUAN IPT ONLINE DINOBATKAN SEBAGAI INOVASI TERBAIK (AGIHAN) ZAKAT 2018

27 NOVEMBER 2018 – Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan menerima pengiktirafan peringkat kebangsaan apabila telah dinobatkan sebagai Inovasi Terbaik (Agihan) Zakat melalui Sistem Bantuan IPT Online sempena Majlis Perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan dan Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2018 bertempat di Hotel Everly Putrajaya dengan penganjur utamanya Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). YABrs. Dr Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua MAIK menerima Plak dan Sijil Penghargaan Anugerah Inovasi Terbaik (Agihan) Zakat yang disampaikan oleh YB Puan Hajjah Fuziah Binti Salleh selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sistem Bantuan IPT Online telah diperkenalkan pada 1 Februari 2013 bagi memudahkan urusan asnaf yang berkelayakan untuk memohon bantuan zakat melanjutkan pelajaran ke IPT secara atas talian. Sehingga 30 Oktober 2018, seramai 97,388 orang telah menggunakan sistem IPT Online ini dan sebanyak 66.2% daripada pemohon iaitu seramai 64,486 orang telah mendapat bantuan tersebut. Melalui Sistem ini juga, MAIK turut telah dinobatkan sebagai Johan menerusi Anugerah Inovasi ICT Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2015.

 

Disediakan Oleh : Mohd Arief Shah Bin Mat Yazik

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini328
Kelmarin2040
Minggu Ini5893
Bulan Ini60475
Keseluruhan358919

X