• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Khamis Oktober 17 2019

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI ICT DI MASJID

5 DISEMBER 2018 - Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan ICT kepada Masjid Al-Abrar Mukim Pauh Sembilan, Bachok. Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Dr Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua MAIK yang berlangsung di Perpustakaan Fathimah Az-Zahra Tingkat 1, Masjid Al-Abrar Mukim Pauh Sembilan.

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa 4 unit set komputer, seunit cetakan 3 in One serta 1 set LCD Projector bersama skrin untuk membantu meningkatkan lagi program-program ICT di masjid. AF. Mohd. Yuzakky Mohd. Yusoff selaku Imam Tua Masjid Al-Abrar Pauh Sembilan Bachok menerima ketandaan sumbagan bagi pihak masjid.

Dengan sumbangan yang diberi diharap ianya dapat membantu mempertingkatkan peranan institusi masjid didalam membudayakan teknologi ICT dan menarik minat golongan remaja untuk berkunjung ke masjid. Selain itu ia dapat meningkatkan program pengimarahan masjid dan membantu menambahbaik prasarana ICT sedia ada.

Turut hadir bersama YBrs. Setiausaha MAIK, AF Imam Besar MAIK, YBrs. Pegawai Agama Jajahan Bachok, AF  Imam Tua Masjid Mahmudi Bachok dan YBrs. Penolong Pegawai Tadbir Pembangunan Asnaf MAIK.

 

Disediakan Oleh : Mohd Arief Shah Bin Mat Yazik

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1530
Kelmarin1418
Minggu Ini5697
Bulan Ini25258
Keseluruhan597697

X