• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Jumaat Oktober 18 2019

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN MUALLAF CENTRE

Pada 02 Disember 2018, satu lawatan tapak projek Pembangunan Muallaf Centre telah diadakan di atas tanah wakaf Lot PT 518 Mukim Kok Keli, Tumpat Kelantan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf MAIK Muamalat.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, telah berkenan berangkat ke tanah wakaf ini bagi memantau sekitar tapak projek Pembangunan Muallaf Centre.  Turut hadir mengiringi adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid (Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad), Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi (Timbalan Yang DiPertua MAIK), Yang Amat Berusaha Dr. Luqman Haji Abdullah (Jabatan Fiqh Dan Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), Yang Amat Berusaha Encik Mohd Hafiz Haji Fauzi (Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat BMMB), Yang Amat Berusaha Encik Nik Mohd Hashim Abd Hamid (Pengurus Serantau Utara BMMB), Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Ketua Pegawai Pembangunan MAIK) dan Sekretariat JPB Wakaf MAIK Muamalat. Antara yang turut hadir adalah Yang Amat Berusaha Encik Rosnazli Bin Haji Amin (Ketua Jajahan Jajahan Tumpat), dan pihak Majlis Perbandaran Daerah Tumpat.

Tujuan Pembangunan Muallaf Centre ini adalah sebagai “One Stop Centre” kepada saudara baru Islam yang merangkumi pusat perlindungan dan penjagaan, pembangunan muallaf, bimbingan dan kaunseling serta kebajikan muallaf. Kos pembangunan ini akan menggunakan sumbangan wakaf daripada orang ramai menerusi Wakaf MAIK Muamalat.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK dan Bank Muamalat Maysia Berhad (BMMB) mengalu-alukan orang ramai untuk turut sama menjayakan projek pembangunan ini dengan menyalurkan sumbangan Wakaf MAIK Muamalat melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad: 03010006345710.  Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menyalurkan sumbangan wakaf  dan semoga kalian sentiasa dirahmati Allah.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini16
Kelmarin1549
Minggu Ini5732
Bulan Ini25293
Keseluruhan597732

X