• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Jumaat Oktober 18 2019

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) KEPADA PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI (PMOA) DAN GURU AGAMA ORANG ASLI (GAOA)

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan satu Bengkel Training of Trainers (ToT) kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM dan Guru Agama Orang Asli (GAOA) MAIK pada 1 hingga 3 Disember 2018 bertempat di Dewan Tazkirah, MAIK.

Bengkel ini melibatkan seramai 60 orang peserta dari kalangan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), JAKIM dan Guru Agama Orang Asli (GAOA), MAIK.  Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk menyampaikan dan memperjelaskan tentang kaedah modul buku panduan pengajaran agama Islam kepada tenaga pengajar yang terlibat dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli dan juga memberi kefahaman tentang teknik-teknik mengajar dengan menggunakan buku panduan yang telah disediakan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buku panduan ini akan dicetak oleh MAIK dan diagihkan kepada semua tenaga pengajar serta pelajar Kelas Mingguan Fardu Ain MAIK untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan semasa belajar.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK pada hari terakhir bengkel diadakan. Semasa ucapan beliau memaklumkan kepada peserta bengkel bahawa tugas sebagai Daei adalah suatu tugas yang sangat mulia. Bukan semua individu yang sanggup untuk berdakwah menegakkan syiar Islam terutama di kawasan pedalaman masyarakat Orang Asli. Semangat dan sokongan perlu diberi daripada semua pihak kerana tanpa Daei ini, dakwah Islam tidak akan berkembang. Beliau juga berharap agar masyarakat Islam dari kalangan Orang Asli akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

 

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah binti Wan Adnan

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini25
Kelmarin1549
Minggu Ini5741
Bulan Ini25302
Keseluruhan597741

X