• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Rabiul Awal 17 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ANUGERAH CITRA SAHABAT DBP 2018

Majalah Pengasuh terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dianugerahkan “Anugerah Citra Sahabat DBP 2018” bagi kategori Media Cetak, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. Penganugerahan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada majalah ini atas sumbangan dan kerjasama dalam memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu. Majlis penganugerahan ini adalah bersempena dengan Majlis Hari Inovasi DBP 2018 yang telah diadakan pada 15 November 2018 (Khamis) bersamaan dengan 7 Rabiulawwal 1440H, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP Kuala Lumpur.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mewakili Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Manakala pihak MAIK pula telah diwakili oleh Setiusahanya; YBrs. En. Rusydee bin Abdullah.

Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP, Abang Sallehuddin Abang Shokeran, dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Lain-lain anugerah yang disampaikan pada majlis kali ini ialah Hadiah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Anugerah Karyawan Inovatif, Anugerah Citra Program, Anugerah Citra Karya dan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah DBP. Dalam perkembangan lain, seramai 41 individu pula dilantik sebagai Munsyi Dewan DBP.

 

Disediakan Oleh : Muslihah Binti Che Mat Rani

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini647
Kelmarin1629
Minggu Ini4646
Bulan Ini16756
Keseluruhan633495

X