• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

“SEHARI BERSAMA EDITOR”

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) telah menganjurkan program “Sehari Bersama Editor” pada hari Sabtu, 22 Disember 2018 bersamaan 14 Rabiulakhir 1440H.

Program yang telah dirasmikan oleh YABrs. Dr. Hj. Nik Mohd Azlan B. Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK ini, berlangsung di Dewan Seminar, DBP Wilayah Timur, Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu Kelantan, dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Program “Sehari Bersama Editor” ini bertujuan untuk mendekatkan majalah Pengasuh MAIK dan majalah Dewan Sastera DBP Kuala Lumpur dengan para penulis di negeri Kelantan di samping menggalakkan para penulis untuk menyumbang tulisan mereka kepada kedua-dua majalah ini. Program ini telah diberikan pengisiannya oleh 2 orang editor majalah tersebut iaitu YBrs. Puan Zaharahanum Bt. Kamarudin; Editor majalah Dewan Sastera, dan YBrs. En. Mohd Nor Hashri B. Junoh; Editor majalah Pengasuh MAIK. YBrs. Puan Zaharahanum banyak memperkatakan tentang ciri-ciri majalah tersebut, kriteria-kriteria penulisan, bayaran honorarium, dan sebagainya. Manakala YBrs. En. Mohd Nor Hashri B Junoh pula memperkatakan tentang sejarah majalah Pengasuh yang sudah berusia 100 tahun, keunikannya, tulisan-tulisan tumpuan dan sebagainya.

Turut hadir pada program ini ialah YBrs. En. Muhammad Ikhram Fadhly Hussin; Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur yang mewakili Pengarah DBP Wilayah Timur, YBrs. Dr. Abdul Aziz Mahmood; Ketua 1 PUSPA, pensyarah-pensyarah IPT di Kelantan, guru-guru, ahli-ahli persatuan penulis di Kelantan dan orang awam.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para peserta bersama editor.

 

Disediakan Oleh : Muslihah Binti Che Mat Rani

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini115
Kelmarin1629
Minggu Ini4114
Bulan Ini16224
Keseluruhan632963

X