• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROMOSI ZAKAT BULAN DISEMBER BAGI TAHUN 2018

Unit Zakat MAIK telah mengadakan promosi zakat sepanjang bagi bulan Disember 2018 di seluruh Negeri Kelantan dengan mendapat persetujuan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta yang terlibat. Promosi zakat melibatkan taklimat zakat, pembukaan kaunter luar zakat dan juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak MAIK bagi memberi kemudahan pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dan pengedaran pamplet zakat serta borang potongan gaji zakat MAIK.

Jenis Promosi : Ceramah

    1) Kem Tentera Pengkalan Chepa

Jenis Promosi : Kaunter Luar Zakat

   1) UTC, Kelantan                     

Jenis Promosi : Van Bergerak MAIK

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)
  • Wisma Persekutuan
  • Pasar Siti Khadijah
  • Dataran Ilmu
  • Bazar Tok Guru
  • RTC Tunjong
  • Perkarangan Surau Al-Quddus, Rantau Panjang
  • Politeknik Kok Lanas
  • Politeknik Jeli
  • Kolej Matrikulasi, Kok Lanas
  • UITM, Machang
  • LHDN, Kota Bharu

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan daripada jabatan-jabatan ini kerana para pembayar tidak mempunyai masa untuk ke kaunter zakat MAIK kerana kekangan masa bekerja. Pihak MAIK juga akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar dan juga masyarakat sekitar bagi turut sama membantu Unit Agihan Zakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan zakat yang telah dilaksanakan kepada asnaf yang layak.

Program promosi zakat ini akan terus dijalankan sepanjang tahun dengan penglibatan daripada jabatan-jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan dan semoga mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak bagi mempromosikan kegiatan kutipan dan agihan zakat MAIK.

 

Disediakan Oleh : Asma Binti Mat Salleh

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini188
Kelmarin1421
Minggu Ini188
Bulan Ini25904
Keseluruhan402439

X