BENGKEL HANDS ON SISTEM KAUNTER AGIHAN ZAKAT KEPADA IMAM MASJID BANDAR/JAJAHAN

Cetak

22 April 2019 (Isnin) - Unit Agihan Zakat bersama Unit Teknologi Maklumat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Bengkel Hands On Sistem Kaunter Agihan Zakat Kepada Imam Masjid Bandar/Jajahan bertempat di Makmal Komputer Maahad Tahfiz Quran, Kompleks Islam Jubli Perak, Panji.

Bengkel tersebut diadakan selama satu hari melibatkan 2 orang peserta iaitu Imam Muda Masjid Sultan Muhammad I, Jeli dan Pembantu Tadbir Masjid Tg. Muhammad Faris Petra, Gua Musang.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembantu tadbir lantikan baru dalam pengurusan sistem kaunter agihan Masjid Bandar dan Jajahan secara ‘in-house’.

Taklimat tentang bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Marziati Binti Haji Yusoff. Manakala tenaga pengajar adalah YBrs. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pengaturcara I), Encik Nik Ishafudin Bin Nik Othman @ Daud.

 

Disediakan Oleh : Wan Maslinda Bt Wan Mat

 

 

 

Tags: