• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Zulhijjah 24 1440
Ahad Ogos 25 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN MUALLAF CENTRE

Pada 8hb April 2019,  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf MAIK Muamalat telah membuat lawatan di sekitar tapak projek Pembangunan Muallaf Centre yang bertempat di PT518 Kampung Tok Selehor, Mukim Kok Keli Jajahan Tumpat. Lawatan ini bertujuan untuk memantau kerja-kerja pengubahsuaian bangunan yang sedang giat dijalankan.

Tanah PT 518 Mukim Kok Keli, Jajahan Tumpat yang berkeluasan 4,823 meter persegi merupakan tanah Wakaf Am terletak dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang telah diwakafkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Dusuki Ahmad. Diatas tanah ini juga, terdapat sebuah dewan badminton dan sebuah bangunan dua (2) tingkat. Bangunan sedia ada di atas tanah ini telah dibaik pulih dan diubahsuai bagi manfaat projek Pembangunan Muallaf Centre iaitu projek pertama yang menggunakan dana Wakaf MAIK Muamalat.

Muallaf Centre ini berfungsi sebagai pusat transit, pusat aktiviti saudara baru, penyediaan kemudahan bagi mengurangkan bebanan saudara baru, disamping memberi suasana selamat serta  tunjuk ajar dalam mendalami ilmu agama Islam.

Semua lapisan masyarakat yang ingin menjayakan program ini boleh bersama menyumbang ke Wakaf MAIK Muamalat menerusi akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 03010006345710 atau layari laman sesawang www.muamalat.com.my untuk keterangan.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1086
Kelmarin1327
Minggu Ini11973
Bulan Ini46853
Keseluruhan511329

X