• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PEWAKAFAN DAN PENYERAHAN WAKAF KATIL PESAKIT

Pada 3 April 2019, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berbesar hati menerima pewakafan yang disampaikan oleh  Yang Mulia Tengku Noormaznah Binti Tengku Ibrahim yang telah suci hati mewakafkan sebuah katil pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK. Penyerahan ini telah disempurnakan di kediaman pewakaf di Kampung Guchil Kota Bharu.

Katil pesakit yang diwakafkan ini terus disampaikan kepada penerima iaitu Alissa Dhiyya Zara Bt Kasmuri  yang berumur 4 tahun. Alissa  Dhiyaa Zara yang telah sakit terlantar setelah mengalami kekejangan otot dan saraf. Beliau dijaga rapi oleh ibu bapanya yang tinggal di Kampung Kuala Pertang, Jajahan Kuala Krai.

Pihak MAIK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf dan semoga penerima manfaat mendapat keselesaan dan diberi kesembuhan dengan izinNya.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini417
Kelmarin2040
Minggu Ini5982
Bulan Ini60564
Keseluruhan359008

X