• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN ZAKAT KEPADA AMIL LANTIKAN MAIK BILANGAN 1 TAHUN 2018

17 April 2019 (Rabu) – Satu Program Taklimat Pengurusan Zakat kepada Amil-Amil Lantikan MAIK Bilangan 1 Tahun 2018 telah diadakan pada 17 April 2019, jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Tahfiz, Tingkat 1, Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP), Panji. Seramai 13 amil telah dilantik sebagai amil zakat harta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang telah dipersetujui dan disahkan dalam  Mesyuarat Ahli Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan Kali Ke-920 Bilangan 5 Tahun 2018 di Agenda 5.1 : Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Zakat dan Kebajikan MAIK Bilangan 1 Tahun 2018 (29 Ogos 2018) yang bersidang pada 4 Disember 2018.

Program Taklimat Pengurusan Zakat kepada 13 amil ini dilaksanakan selepas mendapat surat perlantikan rasmi daripada pihak MAIK. Amil-amil ini terdiri daripada syarikat dan pertubuhan antaranya;

1

YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM AMAN

2

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

3

INTAN ACCOUNTING & SECRETATIAL SERVICES      

4

AL-KHAIRIAH FOUNDATION

5

PERTUBUHAN KEBAJIAKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

6

PERTUBUHAN KEBAJIKAN WIZ KELANTAN

7

YAYASAN AMANAH TOK KENALI (YTK) NEGERI KELANTAN

8

NSA RICH CONSULTANCY

9

YAYASAN DANA KEBAJIKAN MUSLIM MALAYSIA (YDKMM)

10

YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM KELANTAN

11

SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI KIBLAH)

12

YAYASAN PEMBANGUNAN WANITA MURNI KELANTAN

13

KELAB KEBAJIKAN ASNAF KELANTAN

Para amil ini diberi pendedahan berkaitan pengurusan zakat di Kelantan serta prosidur dan etika amil lantikan MAIK bagi memberi pencerahan berkaitan hala tuju perlantikan amil zakat harta untuk membantu MAIK mencapai target kutipan zakat tahunan iaitu sebanyak RM195 juta pada tahun ini. Para amil diberi kuasa oleh MAIK bagi mendapatkan kutipan zakat harta terutamanya daripada pembayar-pembayar baru.

Program dimulai seawal jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta serta sarapan pagi  dan diteruskan dengan tayangan Video Korporat MAIK dan sesi suai kenal antara para amil dengan kakitangan Unit Zakat MAIK. Pada jam 9.30 pagi slot pertama dimulai oleh YBrs. Pegawai Zakat MAIK, Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman dengan tajuk Pengurusan Zakat di Kelantan dan disusuli dengan slot kedua iaitu yang disampaikan oleh YBrs. Penolong Pegawai Zakat I MAIK, Puan Wan Fadhlina binti W.Yusuf dengan tajuk Pengurusan Zakat Semasa, Prosidur dan Etika Amil Lantikan MAIK. Pada akhir program, penyampaian banting amil lantikan MAIK dan stand pamplet kepada 13 amil yang disampaikan oleh YBrs. Pegawai Zakat MAIK.

Pihak Unit Zakat MAIK mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kelancaran program berkenaan dan program ini merupakan salah satu program tahunan kepada amil-amil lantikan MAIK.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini314
Kelmarin2040
Minggu Ini5879
Bulan Ini60461
Keseluruhan358905

X