• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN LAWATAN KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI KAMPUNG GALANG, POS HAU GUA MUSANG BAGI BIL 1/2019

Pada 8 hingga 9 April 2019 Unit Dakwah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Program Ziarah Dakwah dan Lawatan ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Galang, Pos Hau Gua Musang buat pertama kali pada tahun 2019. Objektif program ini dijalankan adalah bertujuan untuk membina serta mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pihak MAIK dengan para penduduk perkampungan Orang Asli. Selain itu, program ziarah dakwah dan lawatan ke perkampungan Orang Asli dilaksanakan bagi menunjukkan keprihatinan pihak MAIK terhadap sesama saudara muslim.  

Program ini merupakan program berkala yang dianjurkan oleh pihak Unit Dakwah Bahagian Agama, MAIK. Bagi siri pertama ini ia berlangsung selama dua hari melibatkan Pegawai Dakwah bersama lima orang urusetia daripada pihak MAIK dan para peserta yang terdiri dari kalangan penduduk perkampungan Orang Asli itu sendiri. Pada hari pertama program, Pegawai Dakwah diiringi oleh para urusetia menjalankan aktiviti ziarah penduduk kampung dengan sedikit pemberian sumbangan yang berbentuk hamper. 

Manakala pada hari kedua pula diadakan aktiviti sukaneka seperti acara menyumpit, meniup belon, mencari harta karun, lontaran kasih dan bola kangkang yang melibatkan penduduk kampung tersebut. Setiap acara disediakan hadiah untuk para pemenang.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, terdapat beberapa usul cadangan penambahbaikan yang sewajarnya dititikberatkan bagi merealisasikan objektif utama program ini seperti memperbanyakkan lagi aktiviti yang menjadi rutin harian penduduk. Selain itu, kakitangan MAIK yang hadir boleh mengadakan aktiviti memasak bersama para penduduk kampung bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara MAIK dan Masyarakat Orang Asli.

Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta diadakan acara cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi suasana yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin bin Ismail, Pegawai Dakwah MAIK diiringi oleh Penghulu Kampung Galang, Pos Hau Gua Musang.

 

Disediakan Oleh : Abdul Muhaimin bin Ismail

 

 

flickr
www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini96
Kelmarin1629
Minggu Ini4095
Bulan Ini16205
Keseluruhan632944

X