• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TEMUDUGA TAULIAH MENGAJAR AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BIL. 03/2019

Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Sesi Temuduga Tauliah Mengajar Agama MAIK Bil. 03/2019 pada 11 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Wang Ehsan Negeri Kelantan (WENK) Tingkat 2, MAIK. Temuduga ini melibatkan 15 orang calon. Antara ahli panel penemuduga ialah YB. Sahibus Samahah Dato’ Hj. Mohammad Shukri bin Mohamad (Mufti Negeri Kelantan), YBhg. Dato’ Hj. Wan Hassan (Ahli Jemaah Ulama’) dan A.F. Us. Hj. Murtadha bin Hj. Abdullah (Ketua Pegawai Agama MAIK).

Temuduga ini diadakan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan calon dalam bidang pengajaran agama khususnya berkaitan dengan apa yang akan diajarkan kepada masyarakat di qariah masing-masing. Calon-calon yang lulus akan diberikan sijil tauliah bagi membenarkan mereka mengajar ilmu berasaskan kepada kitab-kitab yang dicatat dalam sijil tauliah dan juga ilmu agama berdasarkan kepada pegangan mazhab syafie dan ahli sunnah waljamaah. Dengan adanya pemberian tauliah ini, ia akan dapat mengawal pengembangan dan ajaran yang tidak bersesuaian daripada berkembang di negeri Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Nurul ‘Aisyah binti Wan Adnan

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini680
Kelmarin545
Minggu Ini1225
Bulan Ini25148
Keseluruhan548082

X