• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Muharram 16 1441
Ahad September 15 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ZIARAH KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI BAGI MENGAGIH LEBIHAN BARANGAN MAKANAN KERING KEPADA GURU AGAMA ORANG ASLI, MAIK.

Pada 3 hingga 4 April 2019 Unit Dakwah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan ziarah ke perkampungan Orang Asli bagi menyelesaikan lebihan barangan makanan kering yang belum diambil oleh beberapa orang Guru Agama Orang Asli atas beberapa sebab seperti kesihatan yang tidak mengizinkan dan tidak mempunyai kenderaan untuk mengangkut barang. Antara pos yang terlibat dengan agihan barangan makanan kering ini ialah Pos Pulat, Kampung Mendrop, Kampung Sendrop, Kampung Jekjok, Kampung Kingkong, Kampung Jelged di Pos Brooke, Pos Gob dan Pos Simpor.

Tujuan agihan ini adalah untuk mengelakkan daripada lambakan barangan tersebut di Pusat Latihan Dakwah, Lojing memandangkan bekalan makanan baru akan tiba untuk setiap Pos Orang Asli bagi bulan April.

Sehubungan dengan itu, inisiatif ini diambil bagi menghantar barangan makanan kering kepada Guru Agama yang agak jauh di pedalaman telah menyelesaikan permasalahan lambakan barangan makanan kering yang berlaku selama hampir 3 bulan.

 

Disediakan Oleh : Mohamad Solihin bin Abd Razak

 

flickr
www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1534
Kelmarin1287
Minggu Ini11197
Bulan Ini23811
Keseluruhan546745

X