• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Syawal 14 1441
Sabtu Jun 06 2020

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MANGSA KEBAKARAN MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas keseluruhan rumah mereka terbakar di Kampung Bagus, Rantau Panjang telah terlibat dengan kebakaran pada 25 Februari, 2019 yang berpunca daripada litar pintas. Walau bagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku di dalam kebakaran tersebut.

Pemilik rumah berkenaan iaitu En Wan Hassan bin Wan Ahmad bekerja membekal barangan runcit bersama isteri turut mengalami kerugian barangan perniagaan mereka. Mereka mempunyai 5 orang anak yang berumur 4 hingga 12 tahun

Sumbangan kepada mangsa kebakaran disampaikan oleh YABrs Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK pada 4 Mac, 2019 bagi menyempurnakan titah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut bersimpati di atas musibah yang menimpa keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2887
Kelmarin3964
Minggu Ini22863
Bulan Ini22863
Keseluruhan1198894

X