• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Safar 19 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WARIS MANGSA KEMALANGAN MENERIMA SUMBANGAN MAIK

YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua  MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Encik Feris bin Khalid  pada 4.3.2019  di Kampung Batang Bergedik, Gual Ipoh, Tanah Merah. Encik Feris menghidap sakit kanser lidah tahap empat semenjak tahun 2016. Beliau menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di HUSM Pulau Pinang. Pesakit tidak dapat bercakap dan hanya boleh meminum susu khas. Pesakit memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM1,000.00 sebulan untuk pembelian susu, lampin pakai buang dan ubat-ubatan. Isteri beliau tidak bekerja dan menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM350.00 sebulan. Mempunyai dua orang anak yang masih kecil iaitu berumur 4 dan 6 tahun.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.  MAIK juga telah menyampaikan sebuah katil khas di bawah program wakaf kesihatan MAIK untuk memudahkan urusan pergerakan beliau.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat menampung perbelanjaan keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini158
Kelmarin1482
Minggu Ini7356
Bulan Ini26917
Keseluruhan599356

X