TONGGAK KELUARGA LUMPUH

Cetak

YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua  MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Puan Zanariah binti Mod. Zin pada 16.4.2019  di Kampung Bukit Buluh Akar, Pasir Mas.  Puan Zanariah adalah isteri kepada Encik Mohd. Zabara bin Abdullah  yang   bermur 41 tahun . En Zabara terlibat dengan kemalangan pada bulan Januari, 2019 yang lepas mengakibatkan beliau lumpuh dan terlantar.  Puan Zanariah binti Mohd Zin bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM300.00 sebulan. Selain suami, Puan Zanariah menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah serta seorang ibu yang mengidap sakit mental.

Sumbangan ini adalah bagi merealisasikan hasrat KDYMM Al-Sultan Kelantan yang sentiasa mengambil tahu kesusahan rakyat.  MAIK juga akan mempertimbangkan bantuan rumah kepada keluarga ini dan juga sebuah katil khas untuk kegunaan pesakit

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags: