• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Rabu November 13 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PESAKIT LUMPUH MENERIMA SUMBANGAN MAIK

YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua  MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Encik Abdul Ghani bin Abdullah  pada 10.4.2019  di Kampung Kebakat, Tumpat.  Encik Abdul Ghani bermur 52 tahun mengidap strok dan sakit menyebabkan beliau terlantar dan memerlukan penjagaan rapi.  Isteri beliau tidak bekerja dan hanya mengharapkan sumbangan saudara mara dan orang-orang kampung yang bersimpati di atas nasib yang menimpa beliau.

Pasangan ini mepunyai 4 orang anak yang masih belajar iaitu  seorang di IPT, dua orang di sekolah menengah dan seorang di sekolah rendah.

Sumbangan ini adalah bagi merealisasikan hasrat KDYMM Al-Sultan Kelantan yang sentiasa mengambil tahu kesusahan rakyat  MAIK juga telah mempertimbagkan bantuan bulanan sebanyak RM400.00 sebulan untuk menampung perbelanjaan rawatan beliau.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini828
Kelmarin1257
Minggu Ini3198
Bulan Ini15308
Keseluruhan632047

X