• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Zulhijjah 17 1440
Ahad Ogos 18 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM IHYA’ RAMADAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1440H/2019M

Program Ihya’ Ramadan di perkampungan Orang Asli negeri Kelantan bagi tahun 1440H/2019M telah diadakan di empat (4) buah perkampungan Orang Asli bermula dari minggu pertama di Pos Tuel, Lojing seterusnya minggu kedua diadakan di Pos Brooke, Lojing. Program diteruskan lagi pada minggu ketiga di Pos Sungai Rual, Jeli dan pada minggu terakhir diadakan di Pos Lebir, Gua Musang.

Objektif program ini diadakan bagi melatih masyarakat Orang Asli mengikuti program Ihya’ Ramadan supaya mereka dapat memahami erti Ramadan dengan pengisian yang bermakna. Program seumpama ini juga sebagai tanda kecaknaan pihak pengurusan MAIK terhadap kebajikan golongan saudara baru bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan saudara baru dan pegawai serta kakitangan MAIK.

Program ini melibatkan penduduk kampung di setiap pos seramai 300 orang. Program dimulakan dengan ziarah dakwah dari rumah ke rumah dan menjemput penduduk untuk hadir ke surau bagi majlis iftor dan solat berjemaah. Program diteruskan dengan tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa manakala selepas berbuka puasa diadakan pula solat maghrib dan solat isya’ serta solat sunat terawih berjemaah bersama penduduk kampung.

Pihak MAIK telah memperuntukkan sebanyak RM 20,950.00 untuk program tersebut bagi keempat-empat perkampungan yang terlibat. Selain itu juga pihak turut terlibat Guru Agama Orang Asli MAIK, Penggerak Masyarakat Orang Asli, JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Program ini merupakan program rutin Unit Dakwah MAIK pada setiap tahun dan pihak MAIK berharap dengan program seperti ini dapat meningkatkan pengislaman di perkampungan Orang Asli.

 

Disediakan Oleh : Harisah binti Mohamad Noor

 

 

flickr
www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini749
Kelmarin1494
Minggu Ini10592
Bulan Ini33882
Keseluruhan498358

X