MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PESERTA KELAS FARDHU AIN MINGGUAN SAUDARA BARU BAGI JAJAHAN GUA MUSANG TAHUN 1440H/2019M

Cetak

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Peserta Kelas Fardhu Ain Mingguan Saudara Baru bagi Jajahan Gua Musang Tahun 1440H/2019M telah diadakan pada 16 Ramadan 1440H bersamaan 21 Mei 2019 di Masjid Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Haji Murtadha bin Haji Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK. Majlis penyampaian sumbangan hari raya ini melibatkan Pejabat Agama Jajahan Gua Musang, SMK Tengku Indra Petra 1, SMK Tengku Indra Petra 2, SMK Sri Wangi, SMK Chiku 2, Penggerak Masyarakat Guru Agama Orang Asli, JAKIM dan Guru Agama Orang Asli, MAIK.

Seramai 276 orang peserta telah hadir ke majlis ini yang melibatkan peserta Kelas Fardhu Ain Mingguan Saudara Baru dari Jajahan Gua Musang, Pelajar SMK Tengku Indra Petra 1, SMK Tengku Indra Petra 2, SMK Sri Wangi dan SMK Chiku 2. Seramai 56 Guru Agama Orang Asli, MAIK juga turut terlibat menerima sumbangan ini. Pihak MAIK telah memperuntukkan sebanyak RM 46,600.00 untuk sumbangan hari raya Aidilfitri ini kepada semua peserta yang terlibat bagi jajahan Gua Musang. Taklimat khas juga turut disampaikan sempena penyampaian sumbangan hamper raya kepada masyarakat Orang Asli Muslim seluruh negeri Kelantan yang melibatkan Guru Agama Orang Asli, MAIK dan Penggerak Masyarakat Orang Asli, JAKIM.

Majlis seumpama ini akan diadakan setiap tahun menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan Saudara Baru untuk menyambut hari kebesaran Islam ini. Semoga dengan pemberian ini dapat menggembirakan hati mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.

 

Disediakan Oleh : Harisah binti Mohamad Noor

 

 

flickr
www.flickr.com
Tags: