• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PESERTA KELAS FARDHU AIN MINGGUAN SAUDARA BARU BAGI TAHUN 1440H/2019M

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Peserta Kelas Fardhu Ain Mingguan Saudara Baru bagi Tahun 1440H/2019M telah diadakan pada 19 Ramadan 1440H bersamaan 24 Mei 2019 di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Antara badan kerajaan dan NGO yang turut dijemput hadir adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK); Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan International Islamic Information & Daawah Centre (IIDAC); Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM); Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP); Islamic Outreach ABIM; dan Kelantan Indian Muslim Association (KIMA).

Seramai 302 orang peserta telah hadir ke majlis ini yang melibatkan Peserta Kelas Fardhu Ain Mingguan Saudara Baru dari Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai. Pihak MAIK telah memperuntukkan sebanyak RM 71,000.00 untuk Sumbangan Hari Raya Aidilfitri ini kepada semua peserta Kelas Fardhu Ain Saudara Baru bagi empat jajahan tersebut. Ceramah khas turut diadakan di permulaan majlis yang disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Us. Rosli bin Che Soh, Imam Tua Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Majlis seumpama ini diadakan setiap tahun menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan saudara baru untuk menyambut hari kebesaran Islam ini. Semoga dengan pemberian ini dapat menggembirakan hati mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.

 

Disediakan Oleh : Nurul ʽAisyah binti Wan Adnan

 

 

flickr
www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini418
Kelmarin1412
Minggu Ini1830
Bulan Ini30385
Keseluruhan452566

X